Kopi Radix Diet Guna Stevia


Kopi Radix Diet ini rasanya memang pahit. Ia menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi , gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan.

Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dimana ianya juga boleh digunakan untuk masalah impotensi. Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet.
Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
Campuran 7 herba bersama daun stevia. Daun stevia merupakan pemanis semulajadi. Radix diet ini amat sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis. Tidak mempunyai kalori.

Ladang 'stevia' terbesar ganti gula


KUALA LUMPUR - Ketika kenaikan harga gula mulai Jumaat lalu mendapat pelbagai reaksi, sebuah syarikat tempatan bercadang membuka ladang terbesar dan pusat pemprosesan bioteknologi menggunakan tumbuhan herba 'stevia' secara komersil.

Stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan A’Azam, Dr Sharifah Sabrina berkata, secara tradisional 'stevia' mengandungi sifar kalori, lemak, kolesterol, gula dan karbohidrat.

"Ia boleh dijadikan salah satu alternatif utama untuk mengurangkan pengambilan gula,” katanya.

Selain menjadi pemanis semula jadi, 'stevia' juga boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan dan juga boleh membantu mengurangkan berat badan.

Pemanis itu diperoleh menerusi daun pokok 'stevia' yang dikeringkan.

Dr Sharifah turut mencadangkan penggunaan 'stevia' dapat diperluaskan di Malaysia bagi mencegah kandungan gula yang berlebihan di kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Kumpulan A’ Azam dengan kerjasama anak syarikatnya, BNG Global Holdings Sdn Bhd, telah menjalankan kajian dan penyelidikan dengan beberapa pakar sains dari Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Bioteknologi di India yang berpusat di Poona untuk menanam anak-anak pokok 'stevia' secara ujian terlebih dahulu.

“Kita perlu membuat kajian secara menyeluruh kerana faktor cuaca memainkan peranan yang penting. Kajian ini meliputi aspek penanaman di Malaysia dan juga beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Kami masih menjalankan penanaman kajian secara saintifik dan juga ujian ketika ini.

“Kami telah menjalankan kajian tanah dan ujian di Pekan, Mersing , Bentong dan Sabah. Proses ini dijangka selesai dalam tempoh jangka masa terdekat ini," katanya.

Dr Sharifah berkata, cadangan ladang tersebut telah juga dimaklumkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. - Bernama

sumber : SinarHarian