Ladang 'stevia' terbesar ganti gula


KUALA LUMPUR - Ketika kenaikan harga gula mulai Jumaat lalu mendapat pelbagai reaksi, sebuah syarikat tempatan bercadang membuka ladang terbesar dan pusat pemprosesan bioteknologi menggunakan tumbuhan herba 'stevia' secara komersil.

Stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan A’Azam, Dr Sharifah Sabrina berkata, secara tradisional 'stevia' mengandungi sifar kalori, lemak, kolesterol, gula dan karbohidrat.

"Ia boleh dijadikan salah satu alternatif utama untuk mengurangkan pengambilan gula,” katanya.

Selain menjadi pemanis semula jadi, 'stevia' juga boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan dan juga boleh membantu mengurangkan berat badan.

Pemanis itu diperoleh menerusi daun pokok 'stevia' yang dikeringkan.

Dr Sharifah turut mencadangkan penggunaan 'stevia' dapat diperluaskan di Malaysia bagi mencegah kandungan gula yang berlebihan di kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Kumpulan A’ Azam dengan kerjasama anak syarikatnya, BNG Global Holdings Sdn Bhd, telah menjalankan kajian dan penyelidikan dengan beberapa pakar sains dari Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Bioteknologi di India yang berpusat di Poona untuk menanam anak-anak pokok 'stevia' secara ujian terlebih dahulu.

“Kita perlu membuat kajian secara menyeluruh kerana faktor cuaca memainkan peranan yang penting. Kajian ini meliputi aspek penanaman di Malaysia dan juga beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Kami masih menjalankan penanaman kajian secara saintifik dan juga ujian ketika ini.

“Kami telah menjalankan kajian tanah dan ujian di Pekan, Mersing , Bentong dan Sabah. Proses ini dijangka selesai dalam tempoh jangka masa terdekat ini," katanya.

Dr Sharifah berkata, cadangan ladang tersebut telah juga dimaklumkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. - Bernama

sumber : SinarHarian

2 comments:

santai said...

saya harap 1 hari kita tak payah beli gula lagi

Anonymous said...

Dafabet Link: Bet on your favourite sports - Kshiva
Dafabet Link: Bet on your favourite sports - Kshiva · Get involved dafabet link in real betting · Connect and vua nhà cái connect your phone, tablet, computer or tablet · Play for free 10bet on

Post a Comment